"I consider it a mark of great prudence in a man to abstain from threats or any contemptuous expressions, for neither of these weaken the enemy, but threats make him more cautious, and the other excites his hatred, and a desire to revenge himself" ~ N Machiavelli ~
secara kasarnya dalam bahasa melayu, maksudnya lebih kurang begini:
Sifat bersabar dalam sebarang ugutan atau kata-kata cacian adalah sifat terpuji.
Tidak tahu mana silapnya, perkara yang remeh dibesar-besarkan. Sekiranya kita jujur dan matang, tidak salah berbincang elok-elok. Malangnya, masih ada yang mengikut emosi. Tidak mengapa, mungkin kerana penat bekerja kut? Maka saya akan mendiamkan diri dan bertahan bukan kerana lemah tetapi saya pasti lambat-laun orang akan tahu membezakan mana yang betul, mana yang salah.
Kami diajar, kalau kita ikhlas dalam melakukan sesuati, kita tidak seharusnya mengharapkan sebarang penghargaan. Kami tidak pasti pula cara orang lain berfikir.
Yang penting, kami bertenang, tidak cepat melatah dengan menjerit dan mengeluarkan kata-kata yang kasar apabila marah. :)
Monday, July 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment