Mendengar alunan muzik Chopin (Piano Concerto No.1 in e minor) membuatkan idea mencurah-curah untuk dilambakkan dalam The Gegeh ni.
Tapi bimbang pula idea-idea menulis ini dicilok orang lain. Maklumlah, kucing kopi ramai di luar sana.
Kalau nak tulis pun terpaksa separuh hati supaya idea tulus tidak mudah diciplak. Oleh itu terciptalah omongan kosong ini. Tapi tiada siapa nak tiru kut kerana saya tak sehebat Yen untuk dijadikan idola, sampai corak penulisan ditiru bulat-bulat dengan tak malunya.
Eh, eh menyimpang ke "kisah lama" pula.
Baiklah, berbalik kepada niat asal nak borak kosong. Ermmm...apa ye? Oh okay, haaa..ada orang dah tegur saya ni ketagih cili padi. Memang itu hakikatnya, saya suka makanan yang pedas, terutamanya pedas cili padi. Kalau tak pedas, hilang selera. Saya boleh makan nasi sambil menggigit cili padi seperti makan ulam.
Cukuplah, itu saja. Selamat malam.
Sunday, May 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment